SYAZA: Langakah Mengatasi Masalah

Langakah Mengatasi Masalah

1.Semasa inflasi, harga umum naik berterusan
bermakna kos hidup rakyat naik berterusan.

2.Keadaan ini akan merendahkan taraf hidup
rakyat kerana semakin sedikit barang/
perkhidmatan dinikmati berdasarkan sejumlah
pendapatan nominal.

3.Pelbagai langkah boleh diambil untuk
menurunkan tingkat harga umum untuk
mengatasi inflasi atau mengurangkan kadar
inflasi.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK Apabila inflasi

tarikan permintaan berlaku, langkah-langkah yang
berikut boleh diambil:
a) Dasar fiskal menguncup
b) Dasar kewangan menguncup

Apabila inflasi tolakan kos berlaku, langkah-langkah yang berikut
boleh dilaksanakan:
a) Dasar sebelah penawaran
b) Kawalan terhadap kesatuan sekerja
c) Dasar harga maksimum terhadap bahan mentah/ bahan api
d) Peningkatan kualiti faktor pengeluaran.

Apabila inflasi diimport berlaku, langkah-langkah yang berikut
boleh dijalankan;
a) Kawalan langsung
b) Kempen penggantian import
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASI MASALAH INFLASI

Apabila kerajaan menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, kemampuan membeli masyarakat akan menurun.
Ini mengurangkan perbelanjaan agregat dan
permintaan agragat.

Pengurangan permintaan agregat akibat
daripada dasar fiskal mengucup akan
menyebabkan harga umum dan akhirnya
masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.