Evening Rose
Bahan-bahan (15 biji ke 20 biji)
2 bar coklat masakan putih
1 sudu kecil pewarna merah jambu
1 sudu kecil perisa strawberry
2 sudu besar crisco/minyak jagung
15-20 biji buah badam (goreng tanpa minyak)
Papercup secukupnya
Cara-cara
1. Bahagikan coklat putih kepada 2 bahagian .Double boilkan 1 bahagian coklat masakan
putih.Campurkan 1 sudu crisco/minyak jagung ke dalamnya berserta 1/2
sudu perasa strawberry dan 1/2 sudu pewarna merah jambu.Kacau hingga sebati dan
cair.Angkat dan masukkan kedalam acuan coklat berbentuk mawar sehingga 1/4 penuh
dan biarkan keras didalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan letakkan biji badam dipermukaan coklat.Ulang
langkah no.1 dan tuang coklat tadi hingga penuh acuan.sejukkan sehingga keras
dan letakkan dalam paper cup.Sentiasa letakkan coklat ini dalam peti sejuk
sehinggalah tiba masa untuk dihidangkan.
saya suke cupcake..saya penah buat..(err..beli sebenarnya)
ReplyDeletehehehe..
ouh
ReplyDelete